01 April 2010
Pakej RM100 dan Pakej RM50
29 March 2010
Berakhirlah Pesta Buku 2010
28 March 2010
Hari Terakhir Pesta Buku 2010 ~ Hari Terakhir Kedai Pink AinMaisarah di PWTC
24 March 2010
Kedai Pink AinMaisarah di PWTC ~ Ada 5 Hari Lagi!
06 March 2010
Aku Mahu Superbibik di Pesta Buku PWTC 2010
“Saya mahu bibik yang pandai gubah bunga, baiki paip, fasih cakap bahasa Inggeris, boleh menjahit dan ada lesen memandu serentak!” Beritahu Ina yakin.“Amboi, tingginya impian awak! Bibik pun manusia biasa macam kita semua. Bukannya Superman!” Farah tersentak.“Superman?” Ina mengulang perkataan itu. “Betul cakap awak, Farah! Bibik memang manusia biasa. Tapi saya tak mahu yang biasa-biasa. Saya mahu bibik yang hebat dan luar biasa! Saya mahu seorang Superbibik!”Itulah impian Shazarina! Memiliki seorang bibik sempurna. Demi mencapainya, dia sanggup melakukan temuramah ala-ala mencari peserta rancangan realiti TV. Hanya yang benar-benar layak akan diambil bekerja!Demam pencarian bibik juga tersampuk kepada kumpulan The Wannababes. Tambah lagi, Shasha kini mempunyai tiga orang bibik serentak. Itu membuatkan Fasharina bt Tan Sri Hisham, ketua The Wannababes rasa tercabar. Fasha yang punya dua orang bibik bertekad menyamai kehebatan Shasha! Fasha mesti mempunyai tiga bibik juga! Itu trend terkini orang kaya-kaya!Apakah kesudahan pencarian bibik oleh Ina dan Fasha? Ketahui kesudahannya dalam novel Aku Mahu Superbibik!
05 March 2010
Hari Ini AinMaisarah 28 Tahun! =O
25 February 2010
Five Before Seven. Brunei, here I come.
12 February 2010
DAPATKAN PEK BERKEMBAR BSB : PRS dan JRS
09 February 2010
Novel Perang Rumah Sukan & Juara Rumah Sukan Siap Dicetak!
02 January 2010
Memperkenal Izanor Sharif - Penulis Bersama AinMaisarah
Kak Ain doakan semoga semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah berada dalam keadaan sihat sejahtera serta bersemangat di awal tahun 2010 ini.
Kak Ain sendiri memulakan tahun 2010 dengan satu lagi projek baru yang sudah ada hitam putihnya. Semalam pada tarikh 1 Januari 2010, Kak Ain ke Seremban untuk berjumpa dengan Kak Izanor Sharif.
Kak Izanor merupakan penulis bersama AinMaisarah dalam novel 'Aku Mahu Superbibik'. Alhamdulillah, manuskrip tersebut sudah siap dan melihat kepada keserasian bekerja, Kak Ain menawarkan Kak Izanor untuk menjadi penulis bersama secara tetap.
Semalam juga, Kak Ain menyerahkan prolog manuskrip dongeng terbaru bertajuk 'Cinderellah vs Rapunzelah' kepada Kak Izanor. Selepas ini Kak Izanor bertanggungjawab memanjangkan dan melengkapkan cerita tersebut. Harapnya buku tersebut sempat siap sebelum Pesta Buku 2010.
Pada tahun 2010 ini, kami sasarkan mengeluarkan lima tajuk bersama-sama. Oleh itu, nama Izanor Sharif akan menjadi nama yang akan tertera di depan cover buku-buku remaja bersama nama AinMaisarah juga.
Sekarang ini, laman web Kak Izanor sedang dibina bagi membolehkan para pembaca berinteraksi dengannya juga. Sementara menunggu laman web Kak Izanor siap dibina, Kak Ain ingin mengajak semua pembaca AinMaisarah menambah Kak Izanor sebagai rakan di dalam Facebook. Sila klik di sini untuk 'add as friend' akaun Kak Izanor ya!
Kak Ain juga baru mendapat berita bahawa dua orang pembaca AinMaisarah yang Kak Ain kenali sejak tahun 2007 sudah mula mengikut jejak langkah AinMaisarah menjadi novelis juga.
Pembaca pertama yang sudah menulis walaupun baru berumur 13 tahun adalah Cik Adik Farihah. Farihah baru sahaja selesai menulis manuskrip 'Puteri Piano' yang bakal diterbitkan di bawah penerbitan PTS One.
Pembaca kedua pula adalah Cik Adik Fatin Hanani. Umurnya 15 tahun dan Kak Ain baru sahaja menerima mesej terbaru tentang perkembangan dirinya yang sudah menulis novel juga.
Kak Ain apa khabar? Fatin sihat-sihat je. Lama tak berbalas emel dengan Kak Ain. Fatin tahu Kak Ain sibuk. Fatin cuma nak beritahu Kak Ain, Fatin dah pun menulis sebuah buku. Tajuknya ialah Gelagat Si Kembar dan diterbitkan oleh Karnadya Solutions Sdn. Bhd. Di kesempatan ini juga, Fatin nak ucapkan selamat tahun baru untuk kak Ain. Semoga tahun 2010 menjanjikan seribu satu kenangan manis buat kak Ain. Terima kasih kerana menjadi novelis kegemaran Fatin selama ni.
Pada masa yang sama, Kak Ain dan Kak Ann (editor PTS Pro) sedang merancang sebuah projek mengumpulkan hasil penulisan pelajar-pelajar Sekolah Sri Bangsar di bahagian Penulisan Kreatif forum www.sekolahsribangsar.com
InsyaAllah, cerpen-cerpen terbaik akan diterbitkan menjadi sebuah novel kompilasi. Jadi kepada pembaca buku AinMaisarah yang punya cita-cita menulis novel, apakata mulakan langkah dengan menghasilkan cerpen di bahagian Penulisan Kreatif SSB.
Kak Ain doakan para pembaca yang mahu mengorak langkah menjadi penulis dapat memulakan inisiatif tahun 2010 ini. Kak Ain harapkan pada masa akan datang, Kak Ain dapat memilih penulis bersama AinMaisarah yang terdiri daripada pembaca-pembaca novel Kak Ain sendiri.
Ini adalah satu perkembangan yang sangat positif dan Kak Ain percaya kemunculan bakat-bakat muda ini akan mewarnai lagi bidang penulisan di Malaysia.
Salam Sayang,
AinMaisarah